Menjelang pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan, Senator Tan Sri Jins Shamsudin adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai calon yang akan mewakili Umno.Ketika diajukan mengenai kesahihan perkara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas namun katanya, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi calon.
“Semua nama itu akan dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti untuk dipertimbangkan,"katanya kepada mStar Online hari ini.
Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama yang telah menawarkan diri itu.
"Maaf saya tidak boleh dedahkan nama itu sekarang. Tunggu sehingga pucuk pimpinan umumkan kerana ia hak mutlak Presiden Umno untuk tentukan calon,” jelas Zahid. Pelakon veteran tersohor Jins Shamsudin merupakan anak jati Taiping dan pernah terbabit dengan Biro Ekonomi Umno bahagian Bukit Gantang.
Semalam Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tidak kurang daripada 10 nama disenaraikan sebagai calon Umno bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, April ini.Mengenai latar belakang calon, menurut beliau calon yang dipilih nanti mestilah individu yang boleh diterima oleh kebanyakan pengundi selain mampu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Parlimen B
ukit Gantang diadakan pada 7 April serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Selambau, Kedah.Hari penamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya itu ditetapkan pada 29 Mac.Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 Februari lepas akibat sakit jantung manakala DUN Bukit Selambau pula kosong ekoran peletakan jawatan V. Arumugam daripada PKR pada 8 Februari.- MSTAR
Tahniah, Datuk. Diharap kenyataan media ini menjadi kenyataan. Kami sebagai wakil dan penyokong BN/Umno mengucapkan selamat datang ke dalam perjuangan yang lebih besar kepada Datuk dan perwakilan parti yang terlibat. Mudah-mudahan usaha kita untuk membawa kemakmuran dan kemajuan kepada DUN Bukit Gantang akan menjadi lebih mudah dengan kehadiran Datuk.








1 comments:
Marhaban ya Ramadhan..
assalamualaikum..
mohon maaf di bulan yang mulia...ingin saya sampaikan tahniah pada salah seorang pelakun yang amat saya kagumi..dan doa semoga dilanjutkan usia dan teruskan lah baktimu...
semoga Allah bersamamu selalu ..Senator Tan Sri Jins Shamsudin
salam persaudaraan
dinima..
*Saya bisa bertemu Tan Sri ..tika itu Datuk Jins Shamsudin..dan tika itu saya di Penang dan ada Tan Sri kata ..kirim salam sampaikan salam saya pada suami mu diAustralia..
tika itu saya menonton tayangan perdana lakunan Tan Sri..tahun 1990 hanya nama movie tak pasti..dalam nya movie Tan Sri Kehilangan akal..terdapar disuatu tempat...
namun yang paling saya ingat adalah ..movie ..Panca Delima...nama itu tak akan lekang diingatan ini...maaf offtopic mungkin..
sekarang saya dah pulang ke malaysia ..ingin benar bertemu dua pelakun yang saya amat sukai...Tan Sri Jins Shamsudin dan Datuk Sarimah ...semoga Allah restui kehendak saya..namun kini saya akan lebeh jauh dari KL ke Sabah..
Post a Comment